sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat dari melihat bangsaku dijajah tidak ada yang lebih menyedihkan daripada melihat bangsaku dihina – Dr.M

aku lihat layu dalam melayu

aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak

ada juga bercadang bertanya tuan punya tapi bercampur risau dengan tak tergamak

nanti dikata tak bersyukur tak sedar diri

jadi aku menyendiri memerhati

dan akhirnya mengakui

yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan

dan dibirkan bunga tak cantik mekar di kiri

aku lihat layu dalam melayu

tanah air kita yang punya

kita siram kita baja

tapi angin api kita lupa

mereka merangcang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa

kita lupa nenek moyang kaya raya

jangan sekali kali digadai harta bendanya

ku lihat layu dalam melayu

ku lihat layu dalam melayu

ku lihat layu dalam melayu

Read the rest of this entry »

ENGKAU sentiasa ada bersamaku

Posted: December 28, 2011 in Personal
Tags: , , , , , ,

Kawanku hari ni menulis…”alamak matila aku da lambat ke office!!!”

Kenapa kita selalu kalut, takut,gementar, rasa bersalah dan selalu mahu cepat jika kita sudah lambat untuk ke pejabat?

Tetapi tidak merasa semua itu semasa hendak tidak mengerjakan tanggungjawab kita kepadaNYA

Kita seringkali lupa bahawa DIA sentiasa ingat kat kita. Kita pengtingkan diri sendiri. Tamak. Tiba masa kita susah baru kita ingat kat DIA. Tapi kadang-kadang kita pula menyalahkan dia kerana kita susah. Kita kata DIA tidak adil. Selalu susahkan kita. Ya ALLAH..kejamnya kita. Tidak tahukah kita bahawa DIA Maha Adil…Maha mengetahui segala sesuatu…Maha Berkuasa.

Ambillah masa walau seminit tiap kali selepas solat..selepas makan…selepas selesai segala tugasan..selepas bangun dari tidur yang lena…ucapkan syukur kepadaNYA. Berterima kasih memberi hayat kepada kita untuk meneruskan kehidupan..mencari rezeki..untuk diri sendiri..keluarga..anak2..isteri..untuk yang tersayang..

wahai tuhan ku,aku tidak layak untuk ke syurgamu..namun tidak pula aku sanggup ke nerakamu…Kamilah hamba yang mengharap belas kasihan darimu…Ya Allah jadikanlah kami hamba2mu yang bertaqwa…ampunkanlah dosa2 kami..kedua ibu bapa kami..dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meningal dunia..”

Tujuan kita membeli Ubat Gigi hanyalah satu. Untuk menjadi pendamping teman setianya-si berus gigi, untuk kita gosok gigi kita tidak kiralah di pagi hari, selepas makan ataupun sebelum kita tidur. Tapi, tahukah anda bahawa ada 26 CARA LAIN untuk ubat gigi nih berkhidmat?

Mari kita cuba dan bereksperimen dengan ubat gigi kita. (Sila gunakan ubat gigi putih sahaja)

1. Membersihkan kotoran di baju

Menghilangkan hampir semua kesan kotoran dakwat termasuklah kesan gincu. Sapu sedikit ubat gigi di tempat kotoran, sental and bilas.

2. Menghilangkan kesan calar di CD/DVD

Jika semasa menonton paparan CD/DVD tersekat-sekat, keluarkan disc, letakkan sedikit ubat gigi di atasnya dan gosokkan ia. Selepas itu cucikan dan kembalillah menonton!!
Read the rest of this entry »

pertambahan kemenangan….(Ziyad al Intisar)

Posted: December 21, 2011 in Personal
Tags:

diambil ketika umurnya 2 hari....syukur alhamdulillah rezeki buat keluarga kami

Tanggal 5 disember lalu kehidupan aku melangkah ke alam baru. Aku sudah bergelar seorang ‘ayah’ bagi insan kecil bernama Ziyad Al Intisar.

Segalanya berubah..dari rutin harian ke pengurusan keewangan. Betullah kata nurse di wad bersalin tempohari, “time wife awak pregnent, awak kene berjaga malam tengok wife..sekarang baby dah keluar..giliran jaga baby la pulak ek…”
Read the rest of this entry »

kesedapan tidak terhingga

kesedapan tidak terhingga

Apa kata ahad ini anda mengamalkan perkara-perkara di bahah..mesti masyuk!!!!!

  1. Bangun tido setelah matahari melewati atap rumah korang. Kalau bangun awal, tarik balik selimut tuh buat-buat pejam mata.
  2. Lunch pukul 3~4 petang..lagi lewat lagi masyuk. Dera sikit perut korang tuh untuk bermalas-malas di hujung minggu. Bak kata orang, Nak kan sesuatu, kene korbankan sesuatu. So nak malas-malas kene makan lambat? Setuju?
  3. Pas makan ronda-ronda usha awek. Hahahahaha….santapan mata lak. Tadi perut da makan, kasi la mata lak makan. Baru segar sikit mata tuh setelah tertutup selama lebih dari 12 jam.
  4. Sekarang mesti da petang. So kalu nak berpeluh pergila bersukan. Pilihan terbaik ialah jogging. Sambil-sambil menghirup udara segar, boleh juga menambah kekenyangan mata dengan juadah si awek-awek yang berjogging sama. Biasela perempuan. Nak kurus kan. Depa gi jogging.
  5. Malam hari layan movie/DVD di tv saja kerana esok da nak kerja. Kalau rasa nak tido di tempat kerja esok, booking la tiket wayang online. Nanti sampai di panggung takde la beratur panjang tapi akhirnye dapat tiket depan sekali….jawabnyer bukan saja esok gi kerja bawak bantal. Tapi bawak minyak urut sekali, sakit leher melangut tengok wayang.

Amacam? Best tak kehidupan di hari ahad. Kalu rasa nak membazirkan hari ahad korang dengan tido pon boleh jugak. Ko repeat no 1 tuh lepas ko buat no 2….he3~ tapi pesanan aku satu aje. Jangan lupa solat…..

Selamat menjalani hari ahad yang malas……