cerita “KEDAI KOPI”

Posted: September 11, 2009 in oh dunia
Tags: , , , , , , ,

Pagi tadi aku dengar lagu rapper melayu popular kita, Malique. Cerita Kedai Kopi. Nyanyian bersama Salamm, penyanyi reggae. 2 genra music berbeza, satu lagu. Menarik.

Aku bukan nak bercerita tentang muzik mereka, tetapi tentang isi dalam lirik lagu tersebut. Cerita Kedai Kopi. Cerita cerita artis, politik, agama..semuanya terbentang di sana. Tiada siapa salah, tiada juga yang betul. Dialah hakim, dia jualah peguambela. Ada mendengar, ada juga menambah. Yang bosan jadi menarik. Yang tawar jadi manis. Sikit jadi besar. Tenang jadi rioh!

Terlalu banyak kena kopi, aku menyanyi

Ditemani teko berasap dan bau wangi

Ditemani cahaya malap dan lagu reggae

Hayati, salam

Masing-masing ada masalah sendiri

Masalah dunia, masalah peribadi

Luahkan jangan simpan dalam hati

Boleh cerita di kedai kopi

Cerita kedai kopi

Cerita kedai kopi

Tiada hakim tiada saksi

Cerita sensasi di kedai kopi (2x)

Ada satu hero melayu, namanya rahsia

Dulu lepak tepi parit kampung

Sekarang lepak media massa

Asal boleh masuk tv, dia mesti buat

Awek tengok jambu, laki tengok meluat

Citarasa makin besar otak makin ketat

Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat

Ay, jalan berkepak dengan awek romantis

Biasalah budak baru nak naik jadi artis

Ay, jalan berkepak dengan awek romantis

Biasalah budak baru nak naik jadi artis

Jakun ke pelakon, jamban ke makan malam

Dinner show menyanyi, sorang pun tak faham

Tapi datin muda tengok, geram dan sangkut

Datuk outstation,apalagi angkut

I’m in the mood for love

Simply because you’re near me

Honey but when you’re near me

I’m in the mood yes i’m in the mood for love

(Malique)

Terima kasih rahsia diterima

Kalau sunyi lagi boleh main gila

Datin kena taruk, rahsia kemaruk

Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk

Datuk pergi London lama, pucat bila balik

Bini buncit sikit tau dia tak boleh naik

Datuk pergi London, dia pucat bila balik

Bini dan anak percuma dah ada penyakit

Apa kesudahannya, apa yang terjadi

Rahsia tinggal rahsia takkan masuk tv lagi

Cerita sensasi dengar di kedai kopi

Setiap individu punya versi sendiri

Begitulah didefinasikan CeritaKedai Kopi di Malaysia kita. Malique bercerita pula Cerita Kedai Kopi di Amsterdam, ditemani Salamm. Di sana katanya ceritanya lain pula. Cerita Kedai Kopi berkisar idea, anjakan paradigma, inovasi, hypothesis. Bisnes, kerjaya, peluang.

Masing-masing ada masalah sendiri

Masalah dunia, masalah peribadi

Luahkan jangan simpan dalam hati

Boleh cerita di kedai kopi

Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi

Ditemani teko berasap dan bau wangi

Ditemani cahaya malap dan lagu reggae

Hayati, rentak keluarga marley

Hamba di belanda di tengah ibu kota

Temanku Salam, dreadlocks bawah mahkota

Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica

Rindu nak dengar cerita kedai kopi Malaysia

Aku cerita, dia ketawa

Tak kering gusi, jatuh kerusi

Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia

Di Eropah orang bentang idea

Topik-topik intelektual didiskusi

Anjakan paradigma bila kena kopi

Peace, love and harmony, reggae sampai pagi

Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi

Ditemani teko berasap dan bau wangi

Ditemani cahaya malap dan lagu reggae

Hayati, yeah…

Cerita Kedai Kopi. Sendiri menilai. Dia hakim, dialah jua peguambela. Tukarlah ia menjadi idea. Agar Malaysia kita maju semacam di Amsterdam tadi. Bercerita cerita tentang idea,inovasi bagaimana untuk maju.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s