cermin mata,tongkat & tisu

Posted: October 14, 2009 in oh dunia
Tags: , , , , , , , , , ,

images1KOSMO! 13 Oktober 2009 m/s 2  menyatakan seramai lebih 200,000 warga OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan memiliki kad pengenalan OKU. Menurutnya lagi mereka yang menjaja tisu, pelekat al-quran atau lain-lain barang di kedai-kedai makan dan tempat-tempat awam boleh didakwa atas Akta orang-orang Papa 1977 (Akta 183). Kata mereka lagi “ OKU tidak dipinggirkan. JKM sentiasa ingin membantu”
 
Memetik dari laman web JKM pula, terdapat satu senarai panjang keistimewaan-keistimewaan untuk warga OKU yang berdaftar dengan JKM, dari pengecualina cukai, potongan-potongan pembelian sehinggalah pemberian elaun untuk pembelajaran. Pihak yang mengambil pekerja OKU juga mendapat limpahan keistimewaan dengan pemberian pengecualian cukai oleh Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil.
 
Tetapi persoalanya mengapa masih ramai lagi OKU yang ‘mengemis’ di jalanan? Tidak cukupkah keistimewaan-keistimewaan yang telah diberi pihak kerajaan dan JKM kepada mereka? Atau pihak JKM sendiri tidak memantau adakah keistimewaat tersebut benar-benar sampai kepada OKU? 
 

Banyak sebenarnya aku nak bercerita tentang OKU ni,tapi aku tertarik dengan ulasan KOMSO bertarikh 13 Oktober 2009. Mengemis ditakrifkan sebagai “kelakuan yang dikira ,mendorong pemberian sedekah termasuk menyanyi, berlakon dan menawarkan sesuatu untuk jualan dan sebagainya”…apekah?
 
Aku bukan ahli politik atau siapa-siapa. Aku hanya warga Malaysia yang kekadang kasihan melihat OKU-OKU di kaki-kaki lima meminta sedikit simpati orang yang lalu lalang. Mungkin mereka dihantar oleh ‘agen-agen’ bangsat mempergunakan OKU terbabit untuk mengaut keuntungan. Atau mungkin juga mereka betul-betul meminta simpati demi sesuap nasi.
 
Bagi aku tidak salah si OKU ‘menawarkan sesuatu untuk tujuan jualan’ yang diklasifikasikan sebagai ‘mengemis’ oleh JKM. Sekurang-kurangnya mereka ini berusaha ‘menjual’ daripada langsung tak menawarkan apa-apa tetapi menadah tangan meminta duit. Walaupun sesetengah dari kita akan mempertikaikan nilai RM1 untuk sebungkus tisu muka yang nilai sebenarnya mungkin hanya RM0.20. Selayaknya mereka juga harus mempertikaikan harga secawan ‘kopi-O’ berlabel RM5 di kafe-kafe mewah yang sebenarnya agaknya berasal dari teh paket murah, sedikit gula dan susu pekat yang dibeli entah dari Kedai Runcit Pak Ali di seberang jalan sana. Hah!, padan muka kau dan aku juga kerana tertipu. Tertipu oleh bungkusan dan persembahan cantik ‘kopi-O’ RM5 itu. Itu hanyalah salah satu cara berniaga, jadi OKU itu juga berniaga…kalau mahu…kau beli, kalau tidak…kau endahkan saja. Salahkah si OKU dengan ‘tisunya’ mahu berniaga?
 
Ps: JKM tolonglah tangkap ‘agen-agen’ bangsat yang mempergunakan OKU
Pss: JKM tolonglah tangkap juga pengemis-pengemis PATI
Psss: Persatuan Orang Buta Malaysia menyangkal tuduhan OKU menjual tisu sebagai ‘mengemis’ (
KOSMO, 14 Oktober 2009)

Comments
  1. nard.aziz says:

    actually, aku tak la support sgt tisu la, ayt2 Quran la..
    but the truth, at les dorg ade reserve sket maruah diri utk sistem barter.. n dorg berusaha utk dptkan duet even 10sen..
    dr duk merayap2, menadah tgn..
    n for yg merayap2 mendah tgn tu, better kte kasi mknn drpd duet..

    • sawitsan says:

      yup….btol tuh…at least depa2 try cari makan ngan ‘menjual’ kan? dr dok tadah tngan…
      n for yg merayap2 mendah tgn tu, better kte kasi mknn drpd duet..

      he3~ bg mkanan ek instead of duit..erm..ada bagus ini idea… =)

  2. faryd says:

    kat KL ni la aku jumpa sindrom2 meminta2 di kedai makan atau kedai mamak..aku tgk modus operandi sama..
    dan yang x thn..ade skali aku bg dl..tibe2 aku jumpa org yg teman org buta 2 mkn kat KFC..damn u..rasa nak belasah pun ade

    • sawitsan says:

      hahahaha…
      yang tu takpe lagi…kat office aku di pasir gudang, geng-geng peminta sedekah ni akan round setiap seminggu 2 ke 3 kali ke tempat yang sama. orang nyer pun sama. Yang lagi best depan orang ramai jalan terhencot-hencot…da tngok xde yang memandang trus jalan dengan biasa..lawak…berlakon untuk meminta…adoi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s