alahai…….

Posted: November 5, 2009 in Personal
Tags: , , ,

Seksanya menunggu…lagi terseksa kerana menanggung rindu.

Lama berjauhan, lama tidak bertentang mata. lama tidak bersua muka. Alahai…tidak sangka pula jadi begini. Tidak keruan aku dibuatnya. Ternanti-nanti bilakah tibanya masa akan bertemu lagi. Agar rindu dihati terubat. Seksa di jiwa dirawat.

Kini genap 2 minggu tidak bersama si’dia’. Dalam kesesakan di bandaraya sibuk ini aku amat memerlukan dia di sisi. Saban hari takala ‘gadis-gadis’ lain lalu lalang di kiri kanan, terbayang engkau dalam kepalaku. Satu-satu memori bersama’mu, susah senang, pahit manis bersama, terkinja-kinja keluar bagai menonton wayang hujung minggu. Tetapi apakan daya, ‘kamu’terlantar sakit. Kata mereka ubatmu masih dicari. Bilakan tiba tidak pula dicerita.

Setiap hari aku menelefon bertanyakan khabar berita tentang ubatmu, jawapanya masih sama. “Tak ada lagi bang, satu Malaysia nih dah tak ada stok!”

Hampa. Menunggu lagi aku. Bila penantian dan seksa ini akan berakhir. Bersabarlah sayang. Aku tahu kau juga sedih, ‘puteh’ BLM Sagaku.

800px-Proton_Logo

Comments
  1. nard.aziz says:

    “Tak ada lagi bang, satu Malaysia nih dah tak ada stok!”

    xde stok?.. apakah itu?..
    jeng3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s