“Kita menerima Islam keseluruhannya atau sebahagian sahaja?”

 

Aku tak layak mengupas tajuk ni, tapi melihatkan keadaan sekeliling, terpanggil jugak aku menulis. Bukan apa. Sekadar perbincangan untuk para pembaca blog aku. Aku harap banyak yang komen dan berbincang. Namun jika tiada yang komen, harap ada yang membaca dan faham tujuan aku menulis. Moh kite tengok…..

 

Kes 1 : Hukuman rejaman untuk penzina di Acheh.

Kes 2 : Kes Ternakan Babi di Malaysia ( note: Malaysia antara pengeksport Babi terbesar

di asia tenggara)

Kes 3 : Hukuman rotan untuk peminum arak

Kes 4 : Usul untuk mengharamkan Arak di Kawasan Penempatan Majoriti penduduk

Islam

 

Kenapa takkala sesuatu yang ‘Islam’ mahu dilaksanakan ada saja yang membangkang. Ada saja suara bernada politik yang melabelkan yang bercakap itu cap A dan cap B. Ada pula yang tiba-tiba mahu bercerita tentang isu-isu ‘rasis’. Tak kurang juga yang bercakap tentang ‘hak-hak kemanusiaan’. Adoiyai….

 

Islam ni satu parti kah? Islam ni untuk satu bangsa sahajakah? Islam ni zalim sangatkah sampai menzalimi hak asasi manusia?

 

Janganlah Islam hanya tinggal nama saja Islam. Tapi caranya bukan Islam. Hari-harinya bukan Islam. Percakapanya bukan Islam. Pakai makan nya bukan Islam. Hidup mati nya bukan Islam.

 

Jangan kerana si A dan si B kita bertelagah memalingkan Islam dari hidup kita. Jangan sebab mengagungkan si A dan si B juga kita abaikan Islam. Jangan sebab kita ikut kata si A dan si B juga kita tidak mengikut Islam.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s