“…kasi naik harga moto satu!!!”

Posted: December 11, 2009 in oh dunia
Tags: , , , ,

Malam semalam setelah lenjun bermain badminton di Pusat Sukan Pandan Indah, aku bersama Aqi turun ke kafeteria mencari penyegar badan. Air Isotonik Revive aku sambar..fuh…lega!

Di tv terpapar 360,kisah Mat Rempit. Kata polis tidak kurang 8 juta motosikal di Malaysia nih yang ber’surat beranak’. Pergh…tuh da sipi-sipi lagi nak sampai 1/3 jumlah rakyat kat Malaysia nih…banyak tuh….Anyway,sambung polis tu lagi, katenya masalah rempit makin sukar dibendung disebabkan itu.

orang kata melentur buluh bira dari rebungnya...ni dia rebung rempit namanya

Aku dan aqi memandang sesame sendiri. Muka dia tak hensem.Aku pon.he3~

Dia kate “susah ape…kasi naik harga moto satu!!!”,sambil mengayakan aksi ‘mat warung Mamak’.

Adoi…kejam juga kawan aku nih. Ape orang lain yang salah mahu dinaikkan pulak harga motosikal. Tidak kasihan ke dia pada golongan-golongan yang berpendapatan rendah yang hanya mampu bermotosikal dek kerana tidak mampu berkereta? Nak dinaikkan pula harganya? Jalan kaki naik bas la jawabnya.

Kes harga kereta naik dek tokey kaya menelan AP pon tak berkesudahan, inikan pula nak menguntungkan pulak tokey motorsikal?

kalau harga moto naik,orang tak beli moto, selesai kes rempit” pikirnya mudah.

Aku menambah perisa perbualan, “Ape kate sape-sape yang merempit tuh, kalau dapat taham moto dia, kasi sita je terus. Nak ambil balik kene bayar gile-gile nyer harga

So, nanti mak ayah kalau nak kasi pinjam moto kat anak-anak, kene piker 2 kali la. Kene sita kalu, takda moto juga…” sambungku lagi.

Aqi menoleh dan menyahut,”kalu kene tangkap merempit, lokapkan aje mak bapak depa tuh!” lagi satu kenyataan kejam dari mulut dia. Disebalik ketakhemseman wajahnya…kejam juga dia nih. He3~

Dari situ aku membuat kesimpulan, mak ayah sendiri patut dipersalahkan kerana anak-anak merempit. Kerana kebanyakan mereka yang merempit adalah golongan-golongan belia belasan tahun. Ada yang seawal darjah tiga sudah pandai bermotosikal. Kalau bawa slow aku tak kisah, ini ade hati memecut laju. Adoiyai. Punah!

Mungkin lima, sepuluh tahun lagi aku bakal menyandang pangkat ‘ayah’. So, time tuh aku akan pastikan anak-anak aku kalau nak bermotorsikal, dapatkan lesen terlebih dahulu. Orang kata lebih baik mencegah dari merawat..betul tak?

Jangan disalahkan orng lain kalau anak kita sendiri yang mencari pasal. Mak bapak sekalian, muhasabahlah diri sendiri dahulu, jangan terlalu manjakan anak-anak, kelak memakan diri…cewah!

Ps: Aku sebelum mendapat lesen, baru 2,3 kali sahaja membawa motorsikal. Adakah aku skema?
Pss: aku melarang adik-adikku bermotosikal kerana takut mereka merempit…tapi apakan daya, aku abang yang tidak tegas. Aku marah depa tak heran langsung!!! Hu3~

Comments
  1. nardaziz says:

    sawit mara?..
    ayoyoyo… seram….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s