cover depan komik pedang setiawan

Zaman kaki komik dulu, aku pengumpul komik Gempak,adelah 2 kotak besar aku wat koleksi. Dulu nak beli semua komik sekaligus memang la tak mampu, so, sistem barter ataupon sistem giliran diguna pakai. Jadi dapatlah aku dan lain-lain main tukar-tukar komik and baca semua sekali tanpa membayar lebeh. Antara komik-komik popular zaman tuh ialah Pendekat laut, Dewata Raya, Pedang Setiawan dan bermacam-macam lagi yang memang kalu aku nak listkan mampus nak baca. Dalam banyak-banyak orang, akulah antara penunggu setia komik Pedang Setiawan. Aku bukan minat jalan cerita dia, tapi aku minat gaya lukisan Ma wing shing yang sempoi. Cantik. Lari dari stroke-stroke Komik King China, Tony wong.

Minggu lepas, aku dan fifi melepaskan gian menonton Pedang Setiawan versi Live-action, “Storm Warriors”. Ni sequal kedua siri Pedang setiawan setelah 10 tahun sebelum tuh cerita “Storm Riders” keluar. Aku rasa cerita Storm Ridrs tuh first cerita Hong Kong guna animasi CGI kot…tu kata fifi lah.he3~

Anyway, sequal kedua kali nih aku rasa lebih berpuas hati. Jalan cerita dia takdela lari sangat dari jalan cerita komik. Sebenarnya aku boleh buat kesimpulan yang Storm Warriors nih mengambil cerita Fasa Kedua dalam siri Pedang Setiawan (atau nama asalnya Fung Wan). Si Badai dan Awan dah berjumpa ngan Tanpa Nama, tok guru kedua diaorang selepas Hung Ba (Sekolah Tien Hi). Banyak gak karekter-karekter popular Pedang Setiawan dalam nih macam Harimau Hantu, Ateis Kumtum, Ateis Jati dan Raja Iblis Besar.

Penjejak Badai & Pedang Salji, Penjejak Awan & Pedang Istimewa

Kalau nak tahu jalan cerita, korang jangan tanya aku sebab time menonton cerita nih aku asyik meneliti visual-visual dia yang best. Penceritaan gaya komik yang diperbaiki and aku rasa setakat nih yang terbaik la…best lagi dari Kill Bill. Efek- efek diperlahankan ala-ala 300 pon ade. Dan yang terbaik jugak ialah kostum-kostum karekter depa. Tapi kostum/ rupa si Tanpa Nama agak selekeh berbanding rupa yang hensem dalam siri komik. Tuh yang hampeh sket la..

Sedikit pesanan bagi yang nak menonton cerita nih. Kalau ade yang sensitif dengan bunyi-bunyian nyaring…korang bawaklah kapas or penyerap bunyi siap-siap sebab aku rasa ½ of cerita nih penuh dengan bunyi-bunyi nyaring pedang berlaga sesame sendiri. Memang nyaring beb sampai aku tengok fifi kat seblah aku pon tutup telinga tak tahan. He3~

Ape-apepon…5 bintang diberi kepada Filem Hong Kong nih…aku nak tunggu zaman anak-anak si Awan dan Badai lak pasnih…10 tahun lagi la agaknyer…hahahahahaha

Poster filem...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s