The Fabulous Cats – Lari

(Verse)

Lari lari lari aku lari

Lari lari lari dari mimpi

Lari lari aku lari dari sepi

Lari lari terus dari diri ini

Biarku sendiri

biarku sendiri

menanggung sepi menghilangkan diri

menenangkan hati meneruskan mimpi

menebus kembali

maruah diri

Dia buluh yang tak dilentur

Penagih kasih saying harapan si penghulur

Didikan tiada dari orang tuanya

Rangkaian kaca Yahudi menemani jalan hidup

(Jalan hidup)

Dia dah kenal cinta

Dia mula dah suka

Sudah berteman-teman

Sudah berpegangan tangan

Cuba ringan-ringan

Dah sampai ke lengan

Suka sama suka hina dosalah santapan

Dinoda goda tiba-tiba duka

Dah diduga dah berbadan dua

Mana angkara hilang entah kemana

Terpinga-pinga bencana menimpa

Tersorang sorang orang tua meradang

Tiada melayang menayang tak henti memanjang

Tiada memandang tiada bahu  di sandang

Terkapai duyung mencari bayang dayung

(Chorus)

Salah siapa salahkah kita

Salahkah aku atau kamu

Siapa ditanggung

Siapa mengendung

Siapa menanggung yang dikendung

(ulang verse)

Sayang  sayang kan dah jadi nangka

Taburan kertas kemewahan menelan simanja

Pinta papa saja papa hidangkan ya

Destinasi mana mama turutkan juga

Didikan cukup disediakan dengan sempurna

Cuma papa mama lupa nak ada bersama

Anakanda merana ketagih belaian jiwa

Mengemis kasih sayang bibik teman saudara

Tak cukup rasa memang tak serupa

Berkenalan pula dengan kokaina

Khayal-khayal kebas sentiasa

Diamunya itulah cintanya

Jamah jamuan santapan harian

Gigil badan bagaikan taufan

Terlantar telanjang di kamarnya samar

Terpejam dia pejam tercerai dari badan

(ulang chorus)

(ulang verse)

Aku lari

Aku terus berlari

Terus berlari

Berlari

Berbagai cara untuk meneruskan

Pejalan yang tiada akhir

Aku sendiri mencari jalan pasti

Biarpun ku berlari pastikan ku temui

Berbagai cara untuk meneruskan

Dosa dosa yang tiada henti

Aku sendiri meraba mencari erti

Pastikan ku temui

Pastikan ku temui

(ulang verse 2X)

Aku lari

Aku lari

Terus berlari

Terus berlari

Sumber: lirik lagu best

Amacam? Layan tak lagu nih?…bagi aku lagu nih cukup sinonim dengan ‘suasana melayu moden’ kita sekarang.

Dia dah kenal cinta

Dia mula dah suka

Sudah berteman-teman

Sudah berpegangan tangan

Cuba ringan-ringan

Dah sampai ke lengan

Adoi..terkena aku.he3~ “sudah mula suka…berteman-teman…berpegangan tangan”…fuhh! Nasib baek aku sampai situ aje. Cepat-cepat la aku naik pelamin. Simpang sikit yang ayat seterusnya tuh!!

Tapi tulah, zaman moden sekarang nih aku rasa fenomena macam tu da biasa kan? Dari orang yang da bekerja…sampailah ke golongan budak-budak juvana (bawah umur). Takde sape nak tegur. Da jadi pandangan normal di mata kita kan? So…dari situ penghasilan anak luar nikah dan aktiviti pembuangan mereka di tong-tong sampah, lorong-lorong..malah di tempat beribadat…menjadi normal dan nuasa di mata dan telinga kita. Jangan la kita menambah pingat kehampesan kita dengan memegang tampuk nombor satu gelaran “ Negara penghasil anak luar nikah dan mendermakan mereka di tong-tong sampah” pulak!!! Astarghfirullah….mintak simpang…….

Lagi satu masalah dibentang dalam lagu ni. Mak bapak cari kerja,kumpul duit ingat nak senangkan keluarga. Sentiasa sibuk. Anak-anak terabai. Ditinggalkan di nusery, taska. Lupakah mereka yang anak-anak mereka tu perlukan bukan saja duit, tapi belaian kasih saying seorang ayah dan ibu….aku tak boleh nak komen lebih-lebih, sebab aku belum naik taraf jadi ibu bapa lagi..tapi macam mana kita nak selesaikan problem ni ha?

Mak..ayah…anyone?…hu3~

Mungkin…mungkin la kan…kita berbalik jadi macam zaman dulu-dulu. Si ayah mencari duit, manakala si ibu menguruskan perihal di rumah. Sekurang kurangnya ada salah sorang yang mendampingi anak-anak kita. Pandai buat pandai jaga la beb… =)

Tak cukup duit?..insyaAllah rezeki itu datang dari Allah, Dia Maha Adil….tapi siapalah kita ni kan..manusia yang sentiasa alpa,sentiasa bernafsu menginginkan sesuatu setiap masa..

So, lagu ini meneruskan cerekanya dengan anak yang kekurangan kasih sayang tadi. Dia mula mencari alternatif. Malang sekali dia jumpa dengan dadah. Kalu dia jumpa pak samad ke, bolehla pak samad mengajak dia ke surau….hahaha..

Terjebak dengan gejala dadah la pulak kan…. Pergh..cukup lengkap masalah ‘melayu moden’ kita. Zina, Anak luar nikah dan dadah. 3 masalah yang cukup power untuk generasi aku dan kita semua hadapi. Sekarang dan masa akan datang. Lagu ni memang sedap didengar. Da banyak kali gak duduk nombor satu carta-carta lagu. Tapi aku harap mereka dengan lagu ni dengan mata hati. Bukan jadi halwa telinga semata.

Jadi….”Start with an End in Mind”….korang nak couple boleh,tapi jangan lebih-lebih,nanti korang mengikut jejak lagu ‘Lari’ ni. Lari la korang seumur hidup.

Aku lari

Aku terus berlari

Terus berlari

Berlari

Berbagai cara untuk meneruskan

Pejalan yang tiada akhir

Aku sendiri mencari jalan pasti

Biarpun ku berlari pastikan ku temui

Berbagai cara untuk meneruskan

Dosa dosa yang tiada henti

Aku sendiri meraba mencari erti

Pastikan ku temui

Pastikan ku temui

Suka lagu ini? jom download



Comments
  1. nard.aziz says:

    lari.. aku suke tajuk lagu ni..
    tp x penah nk hayati pon..

    • sawitsan says:

      he3~ best lagu nih. aku da lama nak komen pasal lagu nih, tapi sekarang baru tercapai….bagus gak memandangkan sekarang musim ‘valentime’….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s